Flaktürme – Menara Anti Pesawat Perang Dunia Kedua Ciptaan Hitler Yang Gagal

Flaktürme – Menara Anti Pesawat Perang Dunia Kedua Ciptaan Hitler Yang Gagal

Diterbitkan pada Jan 30, 2018 oleh .

Sepanjang Perang Dunia Kedua pelbagai inovasi senjata dihasilkan oleh Nazi. Jet pejuang, peluru berpandu dan helikopter ialah antara senjata yang asal usulnya boleh dikesan semula kepada industri peperangan Jerman. Flaktürme (menara Flak) ialah menara gergasi anti kapal terbang yang dicipta sendiri oleh Adolf Hitler. Sebanyak 8 buah menara kubu ini dibina bagi mempertahankan Berlin, Hamburg dan Vienna dari serangan pesawat pengebom Tentera Berikat.

Menara-menara ini diperbuat daripada konkrit yang diperkukuh dengan besi bagi membuatkannya kalis serangan bom yang terbaik pada waktu tersebut. Dinding dan bumbung Flaktürme mempunyai ketebalan 3.5 meter. Ia dipenuhi dengan senjata anti kapal terbang Flak 30 dan meriam 128 mm yang mampu membedil pesawat musuh dari jarak 14 kilometer.

Flaktürme berfungsi sebagai kapal battleship di atas darat kerana dipenuhi senjata berbahaya untuk memusnahkan musuh. Selain menjadi kubu anti kapal terbang menara-menara ini juga direka untuk menjadi tempat berlindung oleh penduduk sekitar apabila bandar mereka di bom.

Walaupun dipenuhi senjata anti kapal terbang, hanya 30 pesawat musuh berjaya ditembak jatuh oleh Flaktürme sepanjang operasi. Sebagai pemusnah pesawat ia adalah projek yang gagal. Walaubagaimanapun sebagai tempat melindungi orang awam dari dibom ia berfungsi dengan cemerlang. Kewujudan Flaktürme  jug memaksa pesawat musuh untuk terbang lebih tinggi sekaligus merendahkan ketepatan pengeboman mereka.

Selepas perang tiga dari lapan menara ini dimusnahkan. Ianya bukanlah tugas yang mudah dan selepas itu tiada lagi proses memusnahkan dilakukan kerana terlalu mengambil masa. Menara-menara yang masih wujud kebanyakannya kini menjadi bangunan tinggal. Beberapa menara seperti di Hamburg kini digunakan sebagai sekolah dan juga kelab malam. Di Vienna pula Flaktürme diubah suai menjadi akuarium.

SERIUS BISJUT