Ramai pembaca Blogserius adalah golongan hypebeast yang mengumpul kasut dari pelbagai pengeluar. Sesetengah kasut edisi terhad boleh mencecah harga puluhan ribu apabila disimpan dengan baik. Tetapi jutaan kasut dibuang setiap tahun kerana sudah tidak lagi sesuai digunakan. Masalah yang berlaku ialah kasut sedia ada agak sukar untuk dikitar semula kerana penggunaan bahan yang berbeza.
Buat masa ini Futurecraft.Loop masih lagi dalam proses ujian. Hanya 200 pasang akan diberikan kepada pengguna terpilih bagi mengumpul input sebelum kasut boleh dijual secara terbuka.
