Trilogi prekuel Star Wars adalah sampa yang menyampah. Satu-satunya watak yang memberikan kegembiraan ialah Jar Jar Binks Darth Maul. Dengan wajah bercacah garang serta kemampuan memutarkan lightsaber seperti seorang bossku, Maul ialah watak yang amat popular sehingga sekarang. Pasca The Phantom Manace, Maul dihidupkan semula di dalam siri animasi Clone Wars. Selepas dipotong pada […]
Garmin mempunyai reputasi sebagai pengeluar jam tangan pintar yang digunakan oleh atlet bagi mengukur prestasi tubuh ketika melakukan aktiviti sukan. Kini mereka melancarkan Garmin Instinct Esports Edition Smartwatch yang direka khusus untuk digunakan oleh atlet esukan. Dengan jam tangan pintar ini, bacaan nadi dan tekanan pemakai boleh distrim secara langsung kepada penonton. Ia masih lagi […]
Di dalam dunia norma baharu, penjualan penapis udara meningkat kerana semakin ramai risau dijangkiti virus. Pelbagai jenis dijual. Ada yang mencecah harga ribuan ringgit dan tak kurang juga yang harganya tidak memerlukan anda mencagar ginjal kepada Ah Long. Terkini IKEA telah melancarkan FÖRNUFTIG, sebuah penapis udara untuk kegunaan di dalam rumah. Ia direka untuk menapis […]
Motosikal elektrik dipandang serong oleh peminat motosikal kerana dianggap tidak cukup real dan paling penting sekali tidak mempunyai prestasi sebaik motosikal berkuasa bahan api dinosaur yang berubah menjadi petroliam selepas jutaan tahun. Tetapi perubahan dunia ke elektrik sepenuhnya tidak dapat dihalang seperti menggunakan kapas pada hidung untuk menentang Covid-19. Voxan Wattman ialah sebuah motosikal elektrik […]
DJI Mini 2 telah dilancarkan hari ini sebagai model kemas kini kepada Mavic Mini yang dilancarkan sebelum ini. Dron yang masih bersaiz kompak serta boleh dilipat ini dikemas kini dengan kemampuan video serta waktu penerbangan yang lebih lama. Kamera yang digunakan mampu mengambil gambar pada resolusi 12MP dengan video pula sehingga 4K 30p. Gambar boleh […]
Serangan 911 membuka kebencian dunia Barat kepada Islam. Selepas serangan dilakukan ramai warga Barat mengatakan ini semuanya adalah salah Al Quran yang mengajar orang Islam supaya cenderung kepada keganasan. Sandow Birk ialah seorang artis yang menghasilkan projek seni American Quran di bawah. Projek American Quran mengambil masa sembilan tahun untuk disiapkan dengan 427 ilustrasi kesemuanya merangkumi 114 surah. […]
Jika Malaysia ada teh tarik, Indonesia ada Teh Sosro. Adalah tidak lengkap perjalanan ke Indonesia jika anda tidak mencuba segelas teh Sosro es di restoran. Adalah menjadi pandangan normal melihat gelas-gelas kaca Sosro kosong yang tersusun rapi di dalam peti plastik untuk dipulangkan ke kilang. Selain menjadi ruang simpanan botol kaca kosong, peti-peti plastik ini […]
Ada beberapa kebenaran nyata dalam hidup ini. Pertama sekali tiada siapa akan peduli tentang anda kecuali keluarga terdekat. Kedua ialah Jeffrey Epstein tidak membunuh diri di dalam penjara dan ketiga ialah anak-anak kecil tidak mengira kedudukan geografi gemar membina kubu dan khemah di dalam rumah. Minat membina kubu di dalam rumah menggunakan pelbagai perabot wujud […]
Semasa di sekolah dahulu kami mempunyai perangai buruk menyarung kasut seperti selipar sehingga bahagian belakang kasut menjadi leper. Di MRSM kami memberi nama kasut dengan bahagian belakang yang hancur ini sebagai selisut – gabungan selipar dan kasut. Siapa sangka pada tahun 2020 selisut yang dahulunya menjadi jenaka asrama kini dihasilkan secara rasmi oleh Adidas. Adidas […]
Ada yang mengatakan Nirvana Unplugged in New York (NUNY) ialah konsert nirpalam (hahaha) terbaik pernah dihasilkan. Sebagai lelaki tua kami tidak bersetuju kerana ia mungkin lebih layak diberikan kepada Alice in Chains. Tetapi setuju atau tidak konsert akustik Cobain dan rakan-rakan ini adalah antara yang paling kerap ditonton ketika zaman kami masiuh muda remaja, seluar […]