Dengan Kelajuan 408 km/j Voxan Wattman Ialah Motosikal Elektrik Terpantas Dunia

Dengan Kelajuan 408 km/j Voxan Wattman Ialah Motosikal Elektrik Terpantas Dunia

Diterbitkan pada November 5, 2020 oleh .

Motosikal elektrik dipandang serong oleh peminat motosikal kerana dianggap tidak cukup real dan paling penting sekali tidak mempunyai prestasi sebaik motosikal berkuasa bahan api dinosaur yang berubah menjadi petroliam selepas jutaan tahun. Tetapi perubahan dunia ke elektrik sepenuhnya tidak dapat dihalang seperti menggunakan kapas pada hidung untuk menentang Covid-19.

Voxan Wattman ialah sebuah motosikal elektrik yang membuktikan kepantasan bukanlah masalah. Ia kini memegang rekod sebagai motosikal elektrik terpantas dunia selepas berjaya mencatatkan kelajuan maksimum 409 kmj. Ia memintas rekod 329 kmj yang dipegang oleh Mobitec EV-02A sebelum ini.

Selain rekod dunia terpantas, ia juga memegang 10 lagi rekod seperti motosikal terpantas bawah 300 kg dan kelajuan purata tertinggi untuk jarak suku batu. Walaupun rekod kini milik mereka, pereka Wattman percaya ia boleh bergerak lebih pantas lagi sekiranya diuji pada litar yang lebih panjang.

Maka berapa pantaskah motosikal ini? Ia boleh pergi ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur dalam masa kurang sejam.

SERIUS BISJUT