Kereta Api Furnikular Paling Curam Dibuka Di Switzerland Dengan Kabin Berputar

Kereta Api Furnikular Paling Curam Dibuka Di Switzerland Dengan Kabin Berputar

Diterbitkan pada Dis 16, 2017 oleh .

Kereta api furnikular ialah kereta api yang menggunakan sistem tali atau takal untuk berfungsi. Ini adalah kerana tidak wujud kereta api biasa yang mampu mendaki sisi bukit yang curam. Di Malaysia sistem ini digunakan di Bukit Bendera, Pulau Pinang sejak 1923.

Di Stoos, Switzerland kereta api Stoos Bahn memulakan operasi pada 13 Disember 2018. Ia kini memegang rekod sebagai sistem funikular paling curam di dunia dengan sudut dakian mencecah 110 darjah! Bagi memastikan keselesaan pengguna, kelima-lima gerabak Stoos Bahn boleh berputar bagi membolehkan penumpang berdiri dengan selesa sepanjang perjalanan sepanjang 1738 meter yang mendaki 748 meter. Empat gerabak penumpang dan satu gerabak kargo beroperasi secara serentak dengan kelajuan mendaki 10 meter sesaat.

Kos pembinaan kereta api moden ini mencecah CHF 52 Juta (~RM 215 Juta) bagi menggantikan sistem kereta usang yang sudah beroperasi sejak 1933. Rekaan kereta api ini amat futuristik.

Sekiranya anda berpeluang ke Switzerland, jangan lepaskan peluang ke sini. Satu fakta menarik ialah sistem funikular Switzerland dijadikan contoh kepada rekaan kereta api Bukit Bendera. Kami yakin ramai tidak tahu mengenainya.

SERIUS BISJUT