Set Hogwarts Castle Harry Potter Ini Dilengkapi 6020 Keping LEGO

Set Hogwarts Castle Harry Potter Ini Dilengkapi 6020 Keping LEGO

Diterbitkan pada July 29, 2018 oleh .

Semasa membesar dahulu, kami menghabiskan ribuan jam bersama LEGO. LEGO ialah hadiah hari jadi, berkhatan dan mendapat top 3 di peperikasaan akhir tahun. Sehingga kini kami masih mempunyai beribu keping LEGO yang kini diberikan kepada anak. Jadi tidak mengejutkan sebenarnya melihat lebih ramai orang dewasa membeli LEGO kerana mereka telah memainkannya sejak dari kecil.

Bagi peminat Harry Potter, LEGO telah menghasilkan set rasmi sekolah Hogwarts Castle. Set sekolah gergasi ini mempunyai 6020 bongkah LEGO untuk disiapkan. Terdapat figura empat pengasas Hogwarts, naga, Whomping Willow, Chamber of Secrets, Great Hall, rumah Hagrid. Dementors dan banyak lagi. Bagi peminat LEGO dan Harry Potter khususnya, ini ialah set yang mungkin telah lama diidamkan. Bagi yang berminat set Hogwarts ini dijual pada harga $400 (~RM 1624) sebuah pada 1 September ini.

SERIUS BISJUT