Semasa kecil dahulu (dan sehingga sekarang sebenarnya) kami telah bermain dengan bongkah Lego. Bongkah plastik dari Denmark ini mengajar kami untuk menghasilkan permainan sendiri sekaligus membolehkan kami menggunakan daya kreatif yang diberikan tuhan.
Lego kini telah memperlihatkan blok khas yang direka untuk pembelajaran huruf Braille kanak-kanak kelainan upaya penglihatan. Set ini mengandungi 250 bongkah Braille dalam bahasa Denmark, Inggeris, Norway dan Portugis. Ini terdiri dari bongkah-bongkah abjad, nombor dan simbol matematik. Ujian sedang dilakukan di beberapa sekolah terpilih dengan perancangan untuk menawarkannya secara percuma pada institusi pembelajaran OKU penghilangan menjelang 2020.