Minggu ini majlis pernikahan Yuna dan suaminya menjadi bualan ramai. Majlis di dalam taman beliau menelan belanja ratusan ribu ringgit dengan pelamin sahaja mencecah RM 70,000 mengikut laporan beberapa portal hiburan tempatan.
Sekiranya perkahwinan di dalam taman Yuna anda rasakan tidak cukup mengujakan, anda boleh mengikut langkah pasangan Ryan Jens dan Kimberley Weglin. Pasangan ini melakukan majlis perkahwinan mereka 400 kaki di atas permukaan ngarai di dalam sebuah “sarang labah-labah” gergasi Spacenet di Moab Utah. Mereka adalah peminat sukan berani mati Slacklining. Sekiranya anda tidak gayat seperti kami, ini ialah idea pernikahan yang pasti akan menjadi tular jika dilakukan di Malaysia.