Cincin ialah teman baik seorang wanita mengikut slogan jualan DeBeers. Masalahnya ialah insan millennials tidak lagi merasakan cincin permata adalah penting untuk hubungan cinta yang kekal abadi. Oleh itu pelbagai gimik digunakan oleh pengeluar barang kemas permata untuk melakukan jualan.
(RED) Diamond Ring ialah cincin permata yang paling unik pernah dihasilkan kerana dibuat sepenuhnya dari seketul permata. Ia turut menerima sentuhan pereka iPhone Sir Jony Ive dan pereka terkemuka Marc Newson. Cincin dihasilkan bagi mengumpul derma untuk lelongan amal (RED) pada 5 Disember hadapan. Lelongan akan dilakukan oleh Sotheby’s dengan anggaran harga mencecah $250,000 (~RM 1.05 juta). Sekiranya anda inginkan cincin permata unik rekaan pereka iPhone ini ialah peluang anda untuk kelihatan lebih kaya dari Datin Vida.