Livewire Ialah Motosikal Elektrik Pertama Dari Harley Davidson

Livewire Ialah Motosikal Elektrik Pertama Dari Harley Davidson

Diterbitkan pada November 24, 2018 oleh .

Motosikal Harley Davidson telah dihasilkan sejak 1903. Syarikat yang cukup terkenal dengan motosikal bergaya dengan imej ranggi, bontot jahat dan anti-rempit. Oleh sebab itu ia ditunggangi oleh selebriti popular seperti Erra Fazira, Dennis Hopper serta Ali dan Davidson. Tetapi motosikal dengan enjin petrol tidak lagi dilihat sesuai di dalam dunia yang semakin tercemar.

Oleh itu Harley Davidson telah memulakan pembangunan motosikal elektrik mereka sejak 2014. Selepas empat tahun, Livewire telah diperlihakan sebagai e-motosikal pertama mereka yang akan dijual pada tahun 2019. Motor elektrik diletakkan rendah bagi chasis Livewire bagi mengekalkan imbangan yang baik serta kemampuan membelok yang tajam

Sistem brek Brembo digunakan bersama dengan tayar Michelin serta sistem ABS terbina. Tiada maklumat mengenai kuasa kuda motor elektrik yang digunakan serta harga jualannya kelak. Yang pasti deruman enjin kini digantikan dengan desiran motor elektrik yang jauh lebih senyap.

SERIUS BISJUT