Sistem Kereta Api Troli Manila Adalah Bagi Mereka Yang Tidak Takut Mati Digilis

Sistem Kereta Api Troli Manila Adalah Bagi Mereka Yang Tidak Takut Mati Digilis

Diterbitkan pada November 28, 2018 oleh .

Di Kuala Lumpur terdapat banyak pilihan pengangkutan awam seperti teksi, bas, monorel dan MRT. Kesemuanya menerima sokongan dari kerajaan bagi mengurangkan beban kepada rakyat. Di Manila terdapat pilihan yang dan sebuah lagi pengangkutan awam yang unik tetapi pada waktu yang sama khusus untuk mereka yang tidak takut mati.

Sistem kereta api troli di Manila ini menggunakan rel kereta api hidup untuk mengangkut penumpang. Oleh sebab itu apabila kereta api sebenar berada di atas trek, penumpang troli perlu turut bagi memberikan laluan. Ia masih digunakan oleh ramai penduduk Manila kerana tambang yang lebih murah iaitu 10 Peso (~RM 2) sahaja. Bagi mereka yang tidak mementingkan kelajuan atau keselamatan, ini ialah mod pengangkutan awam yang terbaik.

Kerana keunikannya, ia turut menjadi tarikan pelancong yang inginkan kelainan. Ia salah di sisi undang-undang tetapi pihak polis sekadar menutup sebelah mata kerana sekurang-kurangnya pengusaha troli bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal dan tidak terlibat dalam kegiatan jenayah seperti menjual dadah.

SERIUS BISJUT