Buku Harry Potter Edisi Pertama Dilelong Pada Harga Mencecah RM 366,000

Buku Harry Potter Edisi Pertama Dilelong Pada Harga Mencecah RM 366,000

Diterbitkan pada Mac 31, 2019 oleh .

Harry Potter ialah fenomena dunia penulisan yang kemudiannya menjadi fenomena di layar perak. Sehingga hari ini siri Harry Potter telah berjaya menjadikan penulisnya JK Rowling salah seorang hartawan wanita terkaya di dunia muggles. Kekayaan beliau akan terus meningkat kerana siri Fantastic Beast pula kini difilemkan. Sekiranya anda peminat tegar, buku edisi pertama adalah sesuatu yang perlu di dalam koleksi.

Di United Kingdom minggu lalu, buku Harry Potter And The Philosopher’s Stone edisi pertama berjaya dilelong pada harga mencecah GBP 68,800 (~RM 366,000). Harga yang tinggi ini berjaya dicapai walaupun buku ini mempunyai beberapa typo yang tidak disedari sebelum buku dicetak. Edisi pertama Harry Potter hanya dicetak sebanyak 500 naskah. Ia kini telah terjual sebanyak 500 juta naskah dalam 80 bahasa di seluruh dunia.

Jika anda mempunyai buku edisi pertama FOA nukilan saya sila bakar buku itu sekarang. Ia mengandungi ratusan typo yang disengajakan. Nilainya semakin berkurangan sehingga tidak setanding nilai sebungkus royi dan sekeping bisjut.

SERIUS BISJUT