Kasutception – Selipar Untuk Kasut Kini Boleh Dimiliki Di China

Kasutception – Selipar Untuk Kasut Kini Boleh Dimiliki Di China

Diterbitkan pada Feb 5, 2018 oleh .

Turducken ialah ayam di dalam itik di dalam ayam belanda. Ini ialah inception sebenar di dalam dunia kulinari. Selepas popularnya filem Inception, semakian banyak benda dalam benda dihasilkan. Koleksi terkini label fesyen Sankuanz dari China baru sahaja melahirkan “kasutception” sebenar.

Sneaker keluaran Sankuanz boleh di pakai di dalam sarung selipar sekunder sekiranya diperlukan. Mengapa ia diperlukan tidak pula diketahui kerana tidak cukup artistik dan juga kami merasakan memakai satu lapisan kasut sudah memadai di Malaysia. Dua pilihan kasutception ini dihasilkan. Yang pasti dengan adanya selipar luaran, sneaker anda akan sentiasa fresh dan tapak tidak akan haus dengan pantas.

SERIUS BISJUT