Nay Palad – Hotel Yang Berbentuk Sarang Burung Gergasi Di Kenya

Nay Palad – Hotel Yang Berbentuk Sarang Burung Gergasi Di Kenya

Diterbitkan pada Feb 12, 2018 oleh .

Terdapat banyak hotel menarik di dunia. Ada yang di bawah permukaan laut seperti di Dubai dan yang berada di sisi gunung seperti di Eropah. Di Kenya terdapat bilik hotel mewah yang berbentuk sarang burung gergasi.

Hotel Nay Palad memberikan pemandangan 360 darjah kepada pengunjung. Di dalam “sarang” pengunjung boleh menikmati pemandangan langit serta dihidangkan makanan yang dimasak oleh chef peribadi. Keseluruhan bangunan diperbuat daripada bahan mesra alam yang menggunakan bahan binaan setempat bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Sungguhpun berada di tengah-tengah Safari, hotel ini masih dilengkapi tandas dan bekalan air bersih. Tidak perlu risau diri kotor ketika bersatu dengan alam. Jika berminat harga bayaran tinggal semalam ni Nay Palad ialah $1150 (~RM 4550).

SERIUS BISJUT