Fast And Furious Live Membolehkan Anda Menonton Aksi Lagak Ngeri Filem Secara Langsung

Fast And Furious Live Membolehkan Anda Menonton Aksi Lagak Ngeri Filem Secara Langsung

Diterbitkan pada Jan 20, 2018 oleh .

Sebanyak lapan filem telah dihasilkan di dalam siri Fast and Furious. Ia bermula dari sebuah filem lumba kereta haram sebelum disuntik steroid menjadi filem fantasi aksi adiwira berkereta. Tidak dapat dinafikan filem Fast and Furious mungkin tidak masuk akal tetapi ia amat diminati ramai kerana karisma pelakon dan aksi-aksi lasak yang dipertontonkan.

Bagi peminat tegar siri ini, anda boleh menonton Fast and Furious Live. Ia “teater” yang memaparkan kesemua aksi lagak ngeri di dalam kelapan-lapan filem di dalam stadium. Kereta-kereta klasik F&F dihasilkan semula bagi membolehkan penonton terasa diri mereka benar-benar di dalam filem ini.

Siri jelajah Eropah akan bermula 11 Februari ini di Austria. Ikhlas kami katakan walaupun filem ini agak kurang berakal, kalau dapat menonton aksi lagak ngeri secara langsung ia agak seronok juga!

SERIUS BISJUT