Ada anak ini best. I mean seriously memang best ada anak sendiri yang kemudian dibentuk menjadi minime yang kemudiannya akan mengambil empayar yang dibangunkan. Tetapi anak-anak boleh menyebabkan rumah bersepah seperti tongkang pecah sehingga anda mengamuk di hujung minggu. Pasti ada cara lebih mudah untuk mengemas permainan di rumah.
Lay-n-Go ialah jawapan kepada masalah ini kerana ia sebuah playmat yang berubah menjadi beg simpanan LEGO, mainan Happy Meals, Surprise Eggs, My Little Ponies, Shopkins dan sebagainya. Setiap Lay-n-Go adalah selebar 6o inci dan dijual pada harga sekitar $65 (~RM 273) sebuah. Sebagai bapa yang mengemas permainan anak setiap hari, ini ialah aksesori permainan yang kami inginkan hari ini juga.