Sony PlayStation dilancarkan lebih 25 tahun yang lalu dan bagi kebanyakan pembaca Blogserius ia mungkin konsol pertama mereka. Sejak dilancarkan hampir 500 juta konsol pelbagai versi ini telah terjual. Bagi peminat tegar PlayStation, kasut Nike PG 2.5 x PlayStation Colorway telah dilancarkan. Ia adalah usahasama Sony, Nike dan Paul George seorang pemain bola keranjang dari liga NBA.
Kemasan kasut dipenuhi logo empat butang PlayStation, logo konsol dan logo pemain yang bernyala apabila ditekan. Berita buruk ialah kasut ini dihasilkan dalam jumlah terhad dan hanya boleh dipesan menerusi aplikasi Nike. Kebarangkalian anda untuk membeli kasut ini ialah sama seperti mendapat Platinum trophy di dalam Red Dead Redemption 2.