Range Rover Evoque 2020 Menyokong Apple Watch Dan Cermin Pandang Belakang Digital

Range Rover Evoque 2020 Menyokong Apple Watch Dan Cermin Pandang Belakang Digital

Diterbitkan pada November 25, 2018 oleh .

Selamat datang ke 2018 dimana fantasi dari siri TV Beyond 2000 yang popular pada dekad 80an kini menjadi realiti. Malahan teknologi dunia sebenar kini lebih fantastik berbanding ramalan bijak pandai pada dekad dimana Najib dan Anwar masih lagi remaja mengikut tafsiran sayap Pergerakan Pemuda UMNO.

Kereta sekarang juga lebih pintar dari insan yang memandu. Truestory especially in Penang. Range Rover Evoque 2020 telahpun diperlihatkan dan ia sebuah lagi kereta yang mempunyai pelbagai fungsi pintar yang menarik. Pertama sekali kereta hibrid ini dilengkapi tengin konvensional dan motor elektrik dengan kuasa terkumpul 295 BHP. Kokpit mempunyai sistem kawalan sistem infohibur dan pendingin hawa dengan skrin sesentuh.

Pengguna juga boleh membuka pintu, melihat jumlah minyak dan cas bateri terus dari sebuah Apple Watch. Sistem CarPlay Apple dan Google  Auto juga disokong. Dua dermaga pengecasan nirwayar disertakan pada konsol tengah kokpit dan enam port USB untuk penumpang.

Pendigitalan juga dilakukan pada kamera belakang yang hadir dengan sistem digital. Ini boleh diaktifkan apabila kargo besar yang diletakkan pada bahagian belakang menghalang pandangan ke belakang. Akhir sekali ia turut dilengkapi dengan kamera pada bahagian bawah untuk memudahkan pemanduan lasak off-road.

Range Rover Evoque 2020 akan dilancarkan secara rasmi tahun hadapan. Harga belum diumumkan tetapi kalau diumumkan sekalipun umum diketahui berapa ramai di kalangan pembaca Blogserius yang mampu. Maybe Obe sahaja mampu kerana lets face it folks I am known for my hubris.

SERIUS BISJUT