RIP
Sistem pesawat yang mampu terbang seperti kapal terbang dan terapung seperti helikopter sudah wujud selama lebih dari 50 tahun. Kebayakkan konsep awal kekal sebagai pesawat ujian sahaja kerana pelbagai masalah. Ryan XV-5 Vertifan ialah antara konsep awal pesawat hibrid mampu terbang menegak dan mendatar milik Amerika Syarikat. Projek ini dimulakan pada tahun 1965 dan dua prototaip dihasilkan. XV-5 Vertifan berfungsi dengan 3 sistem kipas yang dipasang pada sayap dan hidung pesawat.
Apabila ingin terbang secara mendatar sistem kipas ditutup dan sistem tujahan jet konvensional digunakan. Beberapa ujian dilakukan selama 2 tahun sehinggalah projek terpaksa dibatalkan kerana 2 kemalangan maut. Kemalangan maut pertama berlaku selepas pesawat terhempas ketika demonstrasi dilakukan. Kemalangan maut kedua berlaku apabila ujian menyelamat dilakukan dan patung yang digunakan masuk kedalam sistem kipas dan serpihannya mencederakan juruterbang. Sistem apungan menggunakan kipas Vertifan ini juga didapati tidak cukup kuat untuk menghasilkan tujahan disamping tidak sebaik sistem tujahan jet yang digunakan pesawat Harrier yang dibangunkan secara serentak. Kini satu-satunya pesawat Ryan XV-5 Vertifan yang masih wujud dipamerkan di Muzium Penerbangan Fort Rucker Alabama.