Transformers!
Tip Tow ialah sistem aneh yang dicipta pada tahun 1950an untuk memberikan pesawat pengebom keselamatan ketika memasuki kawasan musuh dengan menambat dua pesawat pejuang pada sayapnya. Sistem ini dicipta kerana pada waktu itu pesawat pengiring tidak mempunyai jarak operasi sejauh pesawat pengebom nukler milik Amerika Syarikat. Dengan menyambungkan 3 pesawat serentak, pesawat pengebom menjadi mothership kepada 2 pesawat pejuang yang boleh ditanggalkan bila – bila masa. Idea ini dihasilkan ketika Perang Dunia Kedua apabila sebuah pesawat kargo Douglas C-47A Skytrain disambung kepada sebuah pesawat Culver Q-14B Cadet. Kedua – dua pesawat berkipas ini menunjukkan idea pesawat bersambung boleh dilakukan
Untuk projek Tip Tow dua pesawat F 84 Thunderjet dilengkapi dengan sistem penyangkuk yang membolehkan ia bercantum dengan pesawat pengebom B 29 Superfortress. Apabila bersambung, pesawat pejuang akan mematikan enjin dan terbang ke sasaran dengan bantuan pesawat pengebom. Apabila sudah tiba enjin dihidupkan semula dan F 84 akan mengawal keselamatan B 29. Beberapa ujian dilakukan dan sistem penyangkuk yang digunakan tidak berapa efektif. Sebuah kemalang juga berlaku mengakibatkan kematian semua krew B 29 dan seorang pemandu jet F84.
Sistem Tip Tow dikemaskini untuk sistem baru yang diberi nama Tom Tom. Pesawat F84 kini dipadankan dengan pesawat pengebom Convair Peacemaker. Sistem penyambungan sayap diperbaiki tetapi ianya juga didapati bermasalah dan berbahaya.
Kedua – dua sistem pesawat bersambung ini akhirnya dihentikan kerana ianya terlaku bahaya. Apabila sistem mengisi minyak ketika terbang berjaya dibangunkan, sudah tiada keperluan untuk menggunakan sistem Tom Tom dan Tip Tow lagi.