Garmin Kini Menghasilkan Jam Tangan Pintar Untuk Atlet Esukan

Garmin Kini Menghasilkan Jam Tangan Pintar Untuk Atlet Esukan

Diterbitkan pada November 5, 2020 oleh .

Garmin mempunyai reputasi sebagai pengeluar jam tangan pintar yang digunakan oleh atlet bagi mengukur prestasi tubuh ketika melakukan aktiviti sukan. Kini mereka melancarkan Garmin Instinct Esports Edition Smartwatch yang direka khusus untuk digunakan oleh atlet esukan.

Dengan jam tangan pintar ini, bacaan nadi dan tekanan pemakai boleh distrim secara langsung kepada penonton. Ia masih lagi dengan kesemua ciri asas jam tangan Garmin lain iaitu sensor pembaca nadi, GPS, barometer, penjejakan tidur dan kompas.

Apabila di dalam mod esukan, pemakai boleh memaparkan bacaan nadi dan tekanan sehingga 80 jam berterusan. Tetapi dalam mod jam tangan biasa ia boleh beroperasi sehingga 14 hari. Selain itu terdapat jam jangka yang menunjukkan berapa lama sesi permainan video berlangsung bagi mengingatkan pemakai untuk berehat. Seutas jam tangan ini dijual pada harga $300 (~RM1244). Kemampuan menjadi streamer dan atlet sukan berbakat sold seperately.

SERIUS BISJUT