Figura Aksi Darth Maul Edisi Solo A Star Wars Story Dilancarkan Hot Toys

Figura Aksi Darth Maul Edisi Solo A Star Wars Story Dilancarkan Hot Toys

Diterbitkan pada November 5, 2020 oleh .

Trilogi prekuel Star Wars adalah sampa yang menyampah. Satu-satunya watak yang memberikan kegembiraan ialah Jar Jar Binks   Darth Maul. Dengan wajah bercacah garang serta kemampuan memutarkan lightsaber seperti seorang bossku, Maul ialah watak yang amat popular sehingga sekarang.

Pasca The Phantom Manace, Maul dihidupkan semula di dalam siri animasi Clone Wars. Selepas dipotong pada bahagian pinggan seperti Gaban, beliau kini mempunyai kaki robot untuk terus berjalan. Di dalam filem Solo, watak beliau muncul semula untuk seketika. Oleh sebab itu ramai mengharap Maul akan kembali semula ke layar perak.

Dengan Star Wars kini direhatkan selepas kegagalan Episod 9, The Rise of The Skywalker kita perlu menunggu lebih lama sebelum kemunculan semula Maul menjadi kenyataan. Oleh itu Hot Toys memperlihatkan figura aksi Darth Maul edisi Solo A Star Wars Story. Versi ini hadir dengan kaki robot dan double lightsaber yang kelihatan kejam. Lightsaber menyala dengan menggunakan bateri dan aksesori lain yang diberikan ialah tapak, empat pasang tangan dan tempat duduk,

Berita buruk di sini ialah, figura ini akan hanya mula dijual pada musim bunga 2021 dengan harga masih belum diumumkan. Pastinya akan mencecah beberapa ribu Galactic Credits. Sementara itu May The Force Be With You.

SERIUS BISJUT