Arado Ar 232 Milipede – Pesawat Kargo Nazi Dengan 25 Tayar

Arado Ar 232 Milipede – Pesawat Kargo Nazi Dengan 25 Tayar

Diterbitkan pada Okt 10, 2017 oleh .

Lipan Terbang

Arado Ar 232 Milipede ialah pesawat kargo yang unik kerana mempunyai 25 tayar. Pesawat kargo yang digunakan oleh Nazi Jerman dari tahun 1942-1945. Kenapakah ia dilengkapi dengan banyak tayar? Ketika Perang Dunia Kedua pesawat kargo Nazi perlu mendarat di atas landasan yang tidak siap ataupun kawasan lapang. Dengan berat kargo mencecah 9000 kilogram, adalah mustahil untuk Ar 232 mendarat sekiranya menggunakan sistem tayar biasa. Jumlah tayar yang banyak menyebarkan berat pesawat di atas permukaan yang lebih besar dan kebarangkalian pesawat terbenam adalah lebih rendah. Sistem tayar yang banyak ini adalah aneh tetapi kini boleh kita lihat padaLockheed C5 Galaxy dan juga Antonov An 225 Mriya. Jadi bolehlah dikatakan Arado Ar 232 ialah datuk kepada dua pesawat kargo modne yang anda lihat sekarang. Those Nazis……. they always invent stuffs that we end up using!

SERIUS BISJUT