Setiap tahun lebih 55,000 biji bola tenis yang digunakan ketika pertandingan Wimbledon. Setiap tahun juga penganjur Wimbledon mengalami masalah mengitar semula bola-bola tenis ini kerana ia mengandungi lapisan getah dan bahan sintetik yang sukar dipisahkan.
Penyelesaian mudah yang diambil ialah mengubahnya menjadi speaker mini. Speaker Head On memotong 25% bahagian boleh tenis bagi membolehkan ia diletakkan rata di atas meja. Kemudian komponen dalaman untuk speaker diletakkan dengan bahagian kekisi audio pula mempunyai corak yang mengambil inspirasi dari jujukan Finonacci.
Setiap speaker disambung kepada peranti lain menggunakan Bluetooth dan dilengkapi bateri 500 mAh membolehkan ia beroperasi secara tanpa wayar. Selain bola dari Wimbledon, speaker Head On juga dihasilkan dari bola Roland Garros dan US Open. Sebuah Hed On dijual apda harga RM314 dan sepasang pula pada harga RM527.
Â