IKEA Melancarkan Penapis Udara Yang Tidak Mampu Kami Sebut Namanya

IKEA Melancarkan Penapis Udara Yang Tidak Mampu Kami Sebut Namanya

Diterbitkan pada November 5, 2020 oleh .

Di dalam dunia norma baharu, penjualan penapis udara meningkat kerana semakin ramai risau dijangkiti virus. Pelbagai jenis dijual. Ada yang mencecah harga ribuan ringgit dan tak kurang juga yang harganya tidak memerlukan anda mencagar ginjal kepada Ah Long.

Terkini IKEA telah melancarkan FÖRNUFTIG, sebuah penapis udara untuk kegunaan di dalam rumah. Ia direka untuk menapis ruang sebesar 10 meter persegi dan tiga tahap kelajuan penapisan. Kerana ia produk IKEA, ia boleh diletakkan di atas lantai atau digantung terus pada dinding. Kami yakin anda tidak boleh menyebut namanya dengan betul tetapi FÖRNUFTIG bermakna sihat dalam bahasa Zlatan Ibrahimovic

Terdapat tombol kawalan pada bahagian atas dan tempat pemegang yang diperbuat daripada kulit untuk memudahkan kedudukannya diubah. Dua warna ditawarkan iaitu kelabu dan hitam. Pada waktu ini ia hanya dipasarkan di China sahaja sebelum ke pasaran global bermula Februari 2021. Harga belum diumumkan.

 

SERIUS BISJUT