Kereta Berkuasa Gas Kayu Perang Dunia Kedua

Kereta Berkuasa Gas Kayu Perang Dunia Kedua

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Teknologi Oldskoll Yang Cool

Tahukah anda ketika perang dunia kedua dahulu banyak kereta yang menggunakan kayu digunakan di Eropah. Dikatakan terdapat 9 juta kereta berkuasa kayu di Eropah pada ketika itu. Kayu digunakan sebagai sumber bahan api kerana catuan petrol untuk kegunaan ketenteraan. Jadi bagaimanakan kereta berkuasa kayu berfungsi. Ok I have to admit I dont really understand the chemistry but It goes something like this

Kayu diletakkan didalam balang kedap udara yang kemudian dipanaskan dengan stim sehingga 1300 darjah selsius. Dalam ruangan kekurangan oksigen ini kayu akan menghasilkan gas yang mengandungi nitrogen, hidrogen, karbon dioksida dan metana yang juga dikenali sebagai SYNGAS. Hidrogen yang terhasil kemudian digunakan sebagai bahan api bagi menggerakkan enjin kereta. Ketika zaman perang dunia kedua stesyen minyak mula menjula kayu dan bukannya bahan api konvensional. Try imagining Petronas jual kayu api! LOL

Jadi mengapakah GASOGENE (nama panggilan gas kayu) tak digunakan lagi zaman sekarang?

Pertama sekali hidrogen yang terhasil sedikit dan kereta yang menggunakan Gasogene tidak boleh memecut laju. Kedua lihat sahaja saiz balang proses gasifikasi yang perlu diletakkan pada belakang kereta. Besar gila. Ianya berat dan menghalang pengilihatan pemandu. Ketiganya jika mahu gunakan kereta berkuasa kayu anda kena panaskan balang gasifikasi secara perlahan-lahan selama sejam sebelum kereta boleh dihidupkan. Jadi kalau mahu gunakan kereta dengan segera memang tak dapek den nak menolongnya. Akhir sekali setiap kali “minyak diiisi” anda perlu membersihkan sistem penapis udaranya. Banyak pulak kerja! Nak check water level radiator pun pemalas.

Sungguhpun begitu kereta berkuasa kayu ini boleh dikatakan echo-friendly kerana menggunakan bahan api yang boleh diperbaharui. Hasil pembakaran Hidrogen juga jauh lebih bersih dari bahan api fosil yang sedia ada. Di Eropah sudah apa pergerakan yang menggunakan semula teknologi lama ini.

Just so you know sebuah kereta Gasogene boleh bergerak sejauh 100 Km dengan “membakar” 30 kilogram kayu. Adakah anda mahu menggunakan kereta sebegini?


TIPS & ULASAN