Generasi millennial kini menjadi tenaga kerja terbesar di pejabat. Tidak seperti generasi terdahulu, generasi ini amat mementingkan keselesaan dan kesenangan di tempat kerja. Mereka memilih bekerja di kedai kopi kerana ia lebih stylo dan bergaya. Kubikel pejabat yang digunakan sekarang dilihat sebagai membosankan.
BOB Job ialah sistem kubikel modular yang dihasilkan dengan berfikir di luar kotak. Pereka menyedari generasi muda gemar bekerja di sofa menggunakan komputer riba dan bukan lagi komputer desktop. Mereka juga mempunyai banyak peranti pintar. Oleh itu kubikel rekaan Bla Station ini kelihatan seperti sofa empuk di rumah dengan meja kecil untuk komputer riba. Palam kuasa terbina di bawah meja atau pada kaki meja tambahan yang dihasilkan. Warna perabot juga lebih cerita berbanding putih dan hitam tradisional.
Di pejabat Blogserius kami sudah mula menggunakan konsep meja terbuka yang ceria. Sekiranya dipasarkan di Malaysia, Bla Station akan menjadi pilihan kami kerana nampak sangat selesa, santai dan tidak serius.