Jan tangan Urwerk tidak akan mampu kami miliki walaupun hidup selama seribu tahun. Ia dijual pada harga yang di luar kemampuan mereka yang bukan koruptor atau dilahirkan dengan sudu yang diperbuat daripada platinum bertatahkan permata. Namun begitu harus kami akui amat meminati rekaan jam mereka yang futuristik dan di luar kotak
Jam tangan Urwerk EMC Time Hunter dihasilkan dalam jumlah yang terhad. 15 dalam warna hijau dan 15 lagi dalam warna perak. Keunikan jam ini ialah ia mempunyai sistem takal putar yang akan mengecas semula sebuah adikapasitor dengan kapasiti tenaga sehingga 80 jam. Dengan penggunaan adikapasitor, EMC Time Hunter boleh dicas selama 20,000 kali tanpa kehilangan kemampuan menyimpam cas berbanding bateri Li-Ion biasa.
Tambahan lagi keseluruhan tubuh jam diperbuat daripada bahan titanium, seramik dan logam. Bagi yang berminat Urwerk EMC Time Hunter dijual pada harga bermula dari 110,000 Swiss francs (~RM 447,000) seutas.