MIMOS Idola Dan MakcikPC – Projek Yang Dilupakan

MIMOS Idola Dan MakcikPC – Projek Yang Dilupakan

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Sebelum 1MPad

Sebelum 1Malaysia PAD kerajaan melakukan inisiatif untuk menghasilkan netbook buatan Malaysia yang diberi nama MakcikPC. Netbook buatan MIMOS ini diperkasakan dengan pemproses Intel Atom dan RAM sebanyak 1 Gigabyte. Ianya usaha awal kerajaan untuk mencelikkan orang ramai dengan teknologi IT. Projek bermula pada tahun 2007 dan sebuah prototaip yang diberi nama JEN-11 (Jendela Informasi Internet) dihasilkan. Ada yang mengatakan JEN disini sebenarnya nama isteri mantan PM kita Jeanne Abdullah. Seterusnya pada tahun 2008 iDOLA pula dihasilkan. IDOLA ialah singkatan kepada Internet Device For Learning Application. Ianya sebuah pc dengan skrin sesentuh kapasitif. Sekali lagi ada spekulasi mengatakan nama iDOLA diberikan sempena nama Abdullah Ahmad Badawi. Hehe

Malang bagi Mimos kerana ketika dua peranti ini dihasilkan secara tiba-tiba netbook dan Tablet PC menjadi obsolete apabila Apple mengeluarkan iPad pada tahun 2010. Teknologi berubah dan peranti buatan MIMOS ini pupus laksana dinosaur selepas ledakan meteorit.

Jadi kemunculan 1Malaysia Pad bukanlah sesuatu yang tidak boleh dijangkakan. Ianya kesinambungan terhadap usaha kerajaan untuk menghasilkan peranti IT mampu milik buat semua rakyat Malaysia. The only problem is like the MakcikPC and iDOLA, by the time 1Malaysia Pad is sold it is already out of date and too expensive for such a low spec device. Nampaknya negara kita masih belum cukup pantas untuk ikuti trend teknologi dunia. Sungguhpun begitu diharap peranti sebegini dapat dijadikan batu loncatan untuk menghasilkan peranti yang lebih berkuasa dan relevan dengan zaman. Jika China dahulupun mengeluarkan peranti sampah dan kini menjadi pengeluar peranti terbaik dunia, masakan Malaysia tidak boleh melakukan perkara yang sama. Harus percaya dengan kemampuan rakyat Malaysia kan? Ke aku terlalu optimistik?

Laporan asal AMANZ.MY

SERIUS BISJUT