TRAVELATOR : Masa Depan Yang Tidak Menjadi Kenyataan

TRAVELATOR : Masa Depan Yang Tidak Menjadi Kenyataan

Diterbitkan pada Okt 11, 2017 oleh .

Masa depan dari kaca mata nenek moyang

Travelator ialah eskalator mendatar yang kerap kita lihat di lapangan terbang. Kalau malas berjalan naik sahaja travelator dan anda akan bergerak kedestinasi tanpa perlu menggerakkan kaki. Like a bawse. Tapi tahukah anda tujuan asal travelator direka ialah bagi kegunaan dalam bandar? Idea asal Travelator ialah ilham seorang lelaki bernama Albert Speer pad atahun 1871. Beliau memfailkan paten sistem kaki lima bergerak yang mahu dibinanya di Bandaraya New York. Dalam paten asal beliau , travelator akan dipasang menggantikan kaki lima yang ada sekarang. Ianya akan terdiri dari 3 laluan travelator dengan 3 kelajuan berbeza. Laluan paling luar ialah yang terpantas dan paling dalam yang paling perlahan.

Speer tidak pernah membina travelator ini dan idenya berkubar hinggalah Columbian Exposition di Chicago pada tahun 1893. Sebuah “moving walkway” sepanjang 4000 kaki dibina untuk pengunjung. Ianya teridiri daripada lingkaran dalam untuk pengunjung berdiri dan lingkaran dalam untuk pengunjung duduk. Pengunjung hanya perlu mambayar satu nikel untuk menaikinya tetapi ketika expo berjalan moving walkway ini kerap rosak kerana tidak mampu menanggung beban pengunjung yang ramai.
Satu lagu travelator dibina di Paris Exposition pada tahun 1900. Sekali lagi travelator ini digunakan sebagai demo bagi menunjukkan “kehidupan masa depan” dimana manusia tidak perlu berjalan lagi untuk kemana-mana.

Sistem travelator moden seperti yang kita lihat sekarang hanya mula digunakan pada tahun 1954. Ianya direka dan dibina oleh Goodyear dan dibina didalam sebuah setsen keretapi di Jersey City, New Jersey. Ianya sepanjang 84 meter dan mampu begerak sepantas 1.5 KMJ. Pada tahun 1958, lapangan terbang Love Field Dallas pula menjadi lapangan terbang pertama yang memasang travelator untuk kegunaan penumpang.

So there you go. Travelator yang sebenarnya direka bagi merovulusikan kehidupan manusia kini hanya digunakan di sesetengah tempat awam untuk perjalanan pendek. I guess we humans are not that LAZY to NOT walk to wherever we want to go eh?


TIPS & ULASAN