Bismillah.
Lif dipercayai sudah wujud sejak 236 Sebelum Masehi dan direka oleh Archimedes. Lif zaman purba ini menggunakan kuasa manusia dan haiwan untuk menggerakkannya. Sejak dari itu pelbagai rekaan lif telah digunakan untuk mengangkut penumpang di dalam bangunan yang tinggi. Rekaan biasa yang dilihat ialah lif dengan satu kabin yang bergerak dan berhenti pada tingkat yang dikehendaki. Paternoster ialah sejenis lif yang bergerak sepanjang masa dan hanya digunakan oleh mereka yang berani mati.
Ia dipatenkan pada tahun 1884 oleh Peter Hart, seorang jurutera di England. Sistem Paternoster membolehkan lebih banyak penumpang naik dan turun dengan kelajuan 0.3 meter sesaat. Masalahnya ialah lif yang tidak berhenti mendedahkan penumpang kepada pelbagai bahaya yang mengundang maut. Oleh sebab itu pemasangan baru lif ini dihentikan sekitar 1970an.
Terdapat beberapa Paternoster yang masih berfungsi di dunia kebanyakannya di Jerman.Menurut Wikipedia terdapat sebuah Paternoster dipasang di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1967. Kami difahamkan ia digantikan dengan lif konvensional sekitar tahun 2007.What a shame we missed the chance to use it
Thanks @Yongkhean for the tip on HKL Peternoster.