Beicuan – Bandar Yang Musnah Akibat Gempa Kini Menjadi Tarikan Pelancong Di China

Beicuan – Bandar Yang Musnah Akibat Gempa Kini Menjadi Tarikan Pelancong Di China

Diterbitkan pada Sep 23, 2017 oleh .

 

Beichuan ialah antara bandar yang rosak teruk akibat gempa bumi Sechuan yang melanda China pada tahun 2008. Lebih dari 8000 warga bandar berhampiran Chengdu ini meninggal dunia. Lebih 1000 daripada jumlah ini terdiri daripada anak-anak kecil. Kemusnahan yang dihadapi adalah cukup teruk sehingga 80% bangunan di bandar ini mengalami kerosakan. Ada yang ditimbus banjir lumpur. Ada yang tumbang akibat tingkat bawah yang runtuh. Pihak kerajaan China mengisytiharkan bandar ini tidak akan dibina semula kerana kerosakan yang terlalu ekstensif. Warga Beichuan yang terselamat dipindahkan ke sebuah bandar baru 12 kilometer dari Beichuan.

Kota Beichuan yang kini menjadi bandar terbiar kini menjadi memorial gergasi kepada gempa bumi Sechuan. Pelawat dari seluruh China boleh melihat sendiri puing-puing dan kerosakan yang ditinggalkan. Terdapat juga memorial kepada mangsa yang meninggal dunia. Kami rasakan ini sangat menarik kerana sebelum ini hanya bandar kuno seperti Pompeii dijadikan tarikan pelancong selepas dilanda bencana alam. Kini bandar moden yang musnah juga boleh menarik pelawat!

SERIUS BISJUT