Nautilus Eco Resort – Pusat Peranginan Berbentuk Cangkerang Siput Mesra Alam

Nautilus Eco Resort – Pusat Peranginan Berbentuk Cangkerang Siput Mesra Alam

Diterbitkan pada Sep 23, 2017 oleh .

Percutian mesra alam kini mendapat perhatian pengguna kerana mereka mahu menikmati keindahan alam ciptaan tuhan tanpa perlu merosokkannya. Di Filipina, sebuah pusat peranginan mesra alam akan dibina dan ia bukan sahaja tidak tidak membawakan impak negatif kepada alam sekitar malah mempunyai rekaan yang unik. Bangunan di dalam Nautilus Eco Resort mengambil inspirasi dari cangkerang siput nautilus. Dari udara Nautilus Eco Resort kelihatan seperti cangkerang yang sama. Terdapat apartmen yang berputar 360 darjah  bagi memberikan pemandangan berbeza setiap pagi.

Bahan binaan pusat peranginan ini juga akan dibina menggunakan bahan kitar semula. Sumber makanan juga akan ditanam sendiri di persekitaran pusat peranginan bagi mengurangkan luasa tapak karbon pada waktu yang sama mengurangkan kos operasi. Tidak diketahui bilakah pembinaan akan dimulakan dan operasi akan bermula. Rekaan yang memang unik. Berapa ramai orang boleh mengatakan mereka tidur di dalam hotel berbentuk siput?

Sumber DesignBoom

SERIUS BISJUT