Auto Wudu’ Washer Ciptaan Malaysia Hanya Memerlukan 1.5 Liter Untuk Bewudu’

Auto Wudu’ Washer Ciptaan Malaysia Hanya Memerlukan 1.5 Liter Untuk Bewudu’

Diterbitkan pada November 26, 2018 oleh .

Membazir ialah amalan yang dibenci agama. Menurut hadith Bukhari, Nabi hanya menggunakan 1 Mud air (sekitar 750 ml) untuk berwudu’ dan mandi pula hanya memerlukan 5 Mud. Ini adalah kerana air ialah sumber yang sukar dicari di negara kontang seperti Arab Saudi. Tetapi manusia moden tidak lagi mempunyai masalah mencari sumber air. Ini mengakibatkan kita membazir air walaupun ketika berwudu’.

Auto Wudu’ Washer ialah sistem mengangkat air sembahyang yang bukan sahaja automatik tetapi mengurangkan penggunaan air. Hanya 1.5 liter air sahaja diperlukan untuk melengkapkan sesi pengambilan wudu’. Alat ini dilancarkan oleh syarikat tempatan AACE Technologies pada tahun 2010 pada harga RM10,000 sebuah. Sehingga kini tidak kami ketahui sama ada ia digunakan di dunia sebenar. Pada tahun 2014 model kemas kini dengan rekaan lebih kecil diperlihatkan di laman AACE tetapi tidak pernah dilancarkan secara rasmi.

Satu masalah yang kami boleh lihat ialah sistem ini pasti lebih mahal berbanding sistem paip dan timba di rumah ibadah semasa. Kedua ia juga menggunakan kuasa elektrik bagi mengawal pam dan sensor. Idea yang di atas kertas adalah baik bagi mengikut sunnah tetapi gagal dari segi pengurangan kos.

 

SERIUS BISJUT