Lima tahun yang lalu kami ada melaporkan rancangan membina sebuah hotel di dalam sebuah bekas lombong di China. Selepas lima tahun pembinaan Intercontinental Shanghai Wonderland akhirnya lengkap dan ia dibuka minggu lalu. Hotel “sedalam” 18 tingkat ini unik bukan sahaja kerana dibina di dalam sebuah bekas lombong tetapi turut menawarkan bilik penginapan serta hotel di bawah permukaan air.
Pembinaan mengambil masa yang lama kerana masalah air yang kerap bocor. Kos pembinaannya mencecah $288 (~RM 1.21 bilion). Hotel ini terletak lebih kurang sejam dari kotaraya Shanghai. Terdapat 336 bilik kesemuanya dengan harga penginapan semalam bermula dari 3,394 Yuan (~RM 2050). Pengunjung mendapa pemandangan kuari yang cantik serta peralatan elektronik terkini di dalam setiap bilik.