Realiti Kehidupan Buruh Kanak-Kanak Bangladesh Yang Dibayar Hanya RM35 Sebulan

Realiti Kehidupan Buruh Kanak-Kanak Bangladesh Yang Dibayar Hanya RM35 Sebulan

Diterbitkan pada November 25, 2018 oleh .

Bangladesh ialah negara yang sadis. Kami sudah laporkan kehidupan penyelaman longkang di Dhaka yang membersihkan kolong tersumbat demi sesuap nasi. Tetapi anak-anak kecil di negara ini juga tidak kurang sadisnya jika anda melihat gambar kehidupan mereka sebagai buruh kilang, kawasan pelupusan sampah dan lombong batu.

Mereka hanya dibayar di antara 400-700 Taka (RM 20-35) sebulan untuk bekerja berbanding 5000 Taka (RM 250) yang dibayar kepada pekerja dewasa. Ini bermakna kanak-kanak sekecil 5 tahun telah bekerja keras dan tidak mempunyai akses kepada sekolah. Masa depan amat malap bagi insan-insan kecil ini.

Oleh sebab itu siri gambar di bawah diterbitkan di dalam buku Survivors oleh GMB Akash yang merupakan seorang jurugambar di Bangladesh. Menerusi First Light Institute of Photography, beliau mengumpul dana bagi memberikan pelajaran kepada buruh kanak-kanak ini.

Sebagai seorang bapa, melihat kanak-kanak kecil sebaya anak kami sendiri amat menyayat hati. Tetapi realitinya ibu bapa mereka juga miskin dan memerlukan bantuan untuk terus hidup. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan oleh tuhan kerana seteruk-teruk Malaysia, situasi seperti ini sudah semakin pupus.

Ya kami katakan semakin pupus kerana jika ia turut berlaku di negara kita cuma tidak dilihat. Cuba ke Sabah dan lihat sendiri anak kecil menjual rokok. Semoga tuhan memberkati mereka semua dan melimpahkan rezeki supaya dapat bebas dari keperitan duniawi.

 

SERIUS BISJUT