Kehidupan Pembersih Kolong Tersumbat Di Bangladesh Yang Menginsafkan

Kehidupan Pembersih Kolong Tersumbat Di Bangladesh Yang Menginsafkan

Diterbitkan pada July 30, 2018 oleh .

Bangladesh ialah antara negara yang kerap dilanda masalah banjir. Ini adalah kebanyakan tanah rata di negara ini terletak di bawah paras laut. Apabila dipadankan dengan bencana alam dalam bentuk taufan dan infrastruktur yang semakin usang, banjir akan berlaku apabila kolong air tersumbat.

Di Dhaka, ibu negara Bangladesh terdapat sekumpulan insan yang melakukan kerja memnyahsumbat kolong. Mereka menyelam ke dalam kolon yang dibepuhi air kumbahan tanpa menggunakan peralatan menyelam atau bernafas. Ini bukan sahaja berbahaya tetapi mendedahkan mereka kepada penyakit. Walaupun kerja ini boleh menyebabkan mereka putus nyawa, bayaran yang diterima adalah hanya sekitar RM40 sehari.

Apabila melihat wujudnya pekerjaan susah dengan bayaran rendah ini, mungkin kita boleh lebih memahami kenapa golongan migran Bangladesh sanggup melakukan kerja kasar di Malaysia. Jika dibandingkan dengan penyelam kolong, bayaran di negara kita lebih tinggi dan lebih selamat.

SERIUS BISJUT