Seluar Pivotte Direka Untuk Wanita Dengan Poket Yang Cukup Besar Untuk Menyimpan Barang

Seluar Pivotte Direka Untuk Wanita Dengan Poket Yang Cukup Besar Untuk Menyimpan Barang

Diterbitkan pada November 27, 2018 oleh .

Satu perkara yang aneh tentang busana wanita ialah saiz poket yang kecil jika dibandingkan dengan busana lelaki. Terdapat wanita yang membeli seluar lelaki semata-mata kerana inginkan saiz poket yang cukup besar untuk meletakkan bukan sahaja dompet tetapi telefon pintar. Bagi memenuhi keperluan wanita moden, Pivotte mengeluarkan seluar untuk wanita dengan poket yang besar,

Pivotte mengeluar empat potongan seluar iaitu Bravi, Vavi, 24/7 dan Venture. Kesemuanya direka dengan fabrik selesa yang sesuai dipakai di pejabat dan juga keluar pada waktu malam. Berita buruk bagi mereka yang mendambakan seluar mereka ialah harga jualan bermula dari $195 (~RM 817) sepasang dan hanya ditawarkan di Amerika Syarikat buat masa ini.

Dengan seluar poket besar, tiada lagi masalah perempuan perlu keluar dengan beg tangan yang kemudian menjadi sasaran pencopet atau boyfriend menjadi tempat simpanan kargo ketika dating.

   

SERIUS BISJUT