Pakaian “Kebangsaan” Miss Universe Jepun Tahun 2018 Ialah Sailor Moon

Pakaian “Kebangsaan” Miss Universe Jepun Tahun 2018 Ialah Sailor Moon

Diterbitkan pada November 26, 2018 oleh .

Pertandingan ratu cantik Miss Universe mempunyai kategori khas untuk pakaian kebangsaan. Saban tahun rekaan unik dari setiap negara dipaparkan. Pernah suatu ketika tular imej ratu Malaysia berpakaian seakan wau bulan sehingga menjadi bahan ketawa di dalam talian.

Miss Universe Jepun 2018 Yuumi Kato akan mengenakan pakaian Sailor Moon sebagai pakaian kebangsaan negara beliau. Ini mungkin idea yang di luar kotak tetapi hakikatnya watak manga/anime ini memang sinonim dengan Jepun.

Fakta menarik ialah Yuumi Kato membesar dari umur 5-13 tahun di Malaysia. Oleh sebab itu beliau dilaporkan fasih berbahasa Melayu, Cina, Jepun dan Inggeris. Video beliau berbahasa Melayu ada di bawah. Dengan kekuatan bulan beliau akan cuba memenangi Miss Universe 2018.

SERIUS BISJUT