Bila kita mendengar perkataan MUZIUM, ramai yang terbayang rangka dinosaur, tulang manusia purba dan pameran yang agak membosankan. Tetapi bagi mereka yang mahu melawat muzium yang cool. anda boleh ke Seattle dan pergi ke MoPOP.
Museum of Popular Culture (MoPOP) dibuka pada tahun 2000 oleh salah seorang pengasas Microsoft iaitu Paul Allen. Bentuk muzium yang berbentuk aneh ini pula direka oleh arkitek terkenal Frank Gehry. Di dalam muzium seluas 13,000 meter persegi ini anda boleh melihat artifak Rock and Roll dari Hendrix hinggalah Nirvana. Mahu lihat gitar Jimmy Hendrix dan baju yang pernah dipakai Cobain? Silalah kenini.
Terdapat juga muzium fiksyen sains yang memaparkan model Death Star Star Wars, Star Trek, kostum Superman dan kepala T100 Terminator. Ketika ini pameran Marvel Cinematic Universe sedang berlangsung membolehkan penonton melihat kostum dan prop dari filem-filem Marvel yang telah dihasilkan. Jika anda seperti kami, MoPOP ini pastinya ada di dalam to go list sekiranya kami melawat Seattle.