Ini Ialah Sejadah Minimalis Untuk Muslim Moden

Ini Ialah Sejadah Minimalis Untuk Muslim Moden

Diterbitkan pada Dis 16, 2018 oleh .

Kita kini hidup di zaman serba minimalis. Gaji minimalis diberikan oleh golongan pemodal tetapi masih mahukan kerja maksima setiap hari. Makanan bersaiz minimalis tetapi harga masih dikekalkan seperti harga saiz asal. Satu perkara yang ramai tidak mahu minimalis ialah tanggungjawab kepada tuhan. Solat lima waktu yang maksimum adalah fardu dan kalau nak tambah solat sunat silakan.

Tetapi ini tidak bermakna konsep minimalis tidak boleh digunapakai pada kelengkapan solat. Shepherd Design Studio Arab Saudi telah menghasilkan sejadah minimalis di bawah. Hanya kawasan anggota tubuh yang menyentuh bumi ketika solat mempunyai permukaan kain. Selebihnya adalah rompong kosong mengingatkan diri ada kepada betapa kosongnya iman di dada ketika membaca kandungan Serius Hot di Blogserius suatu ketika dahulu.

Rekaan minimalis ini menurut mereka adalah untuk mengurangkan penggunaan fabrik dalam penghasilan sejadah sebanyak 50%. Ini dapat mengurangkan penggunaan air dan bahan yang diproses seterusnya meminimaliskan tapak karbon dioksida peribadi. To be honest it looked kinda weird but when you are looking for Islamic content you mustn’t be too choosy.

SERIUS BISJUT