Nissan GT-R50 Sempena Ulang Tahun Ke-50 Boleh Dibeli Pada Harga RM 4.7 Juta

Nissan GT-R50 Sempena Ulang Tahun Ke-50 Boleh Dibeli Pada Harga RM 4.7 Juta

Diterbitkan pada Dis 16, 2018 oleh .

Pejam celik Nissan GTR kini sudah menyambut ulang tahun yang ke-50. Gozilla jalan raya ini terkenal dengan rekaan yang futuristik dan agresif sesuai dengan jiwa peminatnya yang mahukan kenderaan yang kelihatan pantas walaupun dalam keadaan pegun.

Bagi menyambut lima tahun di dunia automotif, Nissan GT-R50 dilancarkan. Hanya 50 kenderaan edisi terhad ini akan dihasilkan. Ia unik kerana menerima sentuhan firma rekaan Italdesign. Selain kemasan berwarna emas Energetic Sigma, logo khas dan rekaan yang lebih agresif, enjin V6 yang digunakan juga lebih berkuasa dengan output 710 kuasa kuda. Ini membolehkan GT-R50 bergerak dengan kelajuan maksimum.

Bagi yang berminat pesanan telah dibuka dengan harga jualan  €990,000 (~RM 4.7 Juta) sebuah. Ini adalah sekitar 10 kali ganda lebih mahal berbanding model asal Nissan GT-R 2019.

SERIUS BISJUT