Jangan ketawa dengan e-sukan kerana ia kini adalah kerjaya yang bukan sahaja serius tetapi boleh memberikan fulus. Atlet e-sukan yang berjaya boleh mengaut pendapatan mencecah puluhan juta dengan hanya berbekalkan tangan yang laju, minda yang pintar dan koordinasi mata yang jitu. Malahan di Malaysia kerajaan telah mengumumkan belanjawan bernilai RM10 Juta bagi menyokong e-sukan di negara kita sehingga Syed Saddiq tersenyum kerang di dalam parlimen tempoh hari.
Kesiriusan ini menjurus kepada pelbagai produk yang mula disasarkan kepada golongan gamers. Terkini syarikat kasut K-Swiss melancarkan kasut khusus untuk kegunaan atlet e-sukan. Kasut K-Swiss Grandmaster ini direka bagi memberikan keselesaan kepada pemakai semasa sesi permainan video. Ia boleh ditanggalkan tanpa menggunakan tangan ketika sedang bermain. Sound like a slipper to me but what the heck.
Terdapat hiasan logo pasukan Immortal yang menyertai pertandingan Counter Strike GO dan Overwatch. Jualan akan bermula pertengahan tahun 2019 pada harga $110 (~RM 460) sepasang dalam dua pilihan model untuk wanita dan lelaki.