Lelaki Vietnam Ini Memakai Aksesori Emas Seberat 13 Kilogram Setiap Hari

Lelaki Vietnam Ini Memakai Aksesori Emas Seberat 13 Kilogram Setiap Hari

Diterbitkan pada Dis 16, 2018 oleh .

Tran Ngoc Phuc sangat mencintai emas. Usahawan dari Vietnam ini tular di negara beliau kerana tabiat memakai barang kemas emas seberat 13 kilogram setiap hari. Menurut beliau, lima tahun yang lalu beliau dinasihatkan oleh pakar Feng Shui untuk memakai aksesori emas bagi menarik rezeki. Pada awalnya beliau hanya memakai kalung emas seberat 5 kilogram. Tetapi selepas keuntungan perniagaan semakin meningkat, semakin banyak barang kemas telah ditempah dan dipakai.

Kini beliau memakai dua gelang, beberapa cincin dan kalung dengan nilai mencecah 13 Bilion Dong Vietnam (~RM 2.34 Juta). Oleh sebab keselamatan, beliau sering ditemani lima orang pengawal peribadi apabila keluar dari rumah. Pengawal peribadi ini juga kadang kala akan memegang kalung bagi mengurangkan kesakitan majikan.

Kerana berat barang kemas yang melampau, beliau sering mengalami masalah sakit tengkuk namun masih berkeras memakainya kerana faktor Feng Shui. Beliau kini menunggu tempahan baju dan topi emas siap bagi mempunyai pakaian emas yang lengkap pada seluruh tubuh.

SERIUS BISJUT