Menara The Tulip Dengan Gondola Berputar Bakal Menjadi Tarikan London Menjelang 2025

Menara The Tulip Dengan Gondola Berputar Bakal Menjadi Tarikan London Menjelang 2025

Diterbitkan pada Dis 16, 2018 oleh .

London ialah ibu kota penjajah yang lebih terkenal dengan bangunan lama seperti The Big Ben, St Paul’s Cathedral dan Stamford Bridge. Tetapi sesuai dengan arus pemodenan, semakin banyak mercu tanda baharu mula muncul seperti The Shard dan London Eye. Bagi menarik perhatian pelancong, menara The Tulip bakal dibuka menjelang 2025.

Menara setinggi 305 meter ini akan menjadi bangunan kedua tertinggi di London selepas The Shard. Ia akan mempunyai tingkat atas yang diperbuat daripada kaca bagi memberikan pandang 360 darjah kepada pengunjung. Tarikan utamanya ialah tiga sistem gondola kaca berputar yang pastinya tidak direka untuk insan yang gayat.

Menara seakan bunga Tulip ini direka oleh firma Foster + Partners. Ia mensasarkan memulakan pembinaan pada tahun 2020 dan siap pada tahun 2025. Satu masalah yang dihadapi sekarang ia dikatakan terlalu tinggi dan menghalang sistem radar yang digunakan pada lapangan terbang di sekitar London.

SERIUS BISJUT