Fon Telinga Mewah Ini Dihasilkan Oleh Bang&Olufsen Dengan Kerjasama Rimowa
Artikel Berkaitan

Fon Telinga Mewah Ini Dihasilkan Oleh Bang&Olufsen Dengan Kerjasama Rimowa

Diterbitkan pada Mac 31, 2019 oleh .

Menjadi kebiasaan manusia untuk menunjukkan harta duniawi. Pembeli iPhone baru akan memuat naik kotak di Instagram. Pemilik kereta mewah akan gah rendah diri dengan meletakkan status “hendak ke pasar malam” sambil logo Ferrari jelas kelihatan pada stereng. Oh ya pembaca sekali kita semua ada sedikit narsis dan ingin bermegah.

Bagi peminat audio yang narsis (seperti penulis) anda boleh menunjukkan kemewahan anda menerusi fon kepala edisi terhad keluaran Bang&Olufsen dengan kerjasama Rimowa. Fon kepala nirwayar Beoplay H9i mereka dipadankan dengan tempat simpanan khas diperbuat daripada aluminium rekaan Rimowa. Rekaan tempat simpanan khas ini mirip beg aluminium Rimowa yang terkenal dengan harganya yang tidak marhaen.

Kombinasi fon kepala yang memang terjual pada harga yang mahal ini dengan kerangka khas membolehkan produk edisi terhad ini dijual pada harga $900 (~RM 3200) satu set.

SERIUS BISJUT