Fon kepala akan membuatkan anda kelihatan seperti peminat muzik sebenar walaupun sebenarnya sedang menstrim kumpulan Scoin menerusi Spotify. Genre muzik yang anda gemari tidak akan menjadi bahan jenaka kami di Blogserius kerana kami sendiri gemar menstrim muzik kumpulan Morning Musume ketika masa senggang.
Semalam Microsoft Surface Headphones 2 dilancarkan secara rasmi dua tahun selepas edisi sulung dilancarkan. Kali ini ia akhirnya ditawarkan dalam warna hitam pusam seperti iklan Perilly’s Action Movie yang popular tiga dekad yang lalu. Yes I will continue to make obscure 90’s reference in this blog to confuse the younger readers. We looked at the analytics and most of the readers are over 30 years old anyway so whatever.
Fon kepala ini mempunyai sistem pembatalan hingar (active noise cancellation) dan melaraskan bunyi menggunakan roda berputar pada bahagian sisi. Anda juga boleh melaras tahap kekuatan ANC menggunakan tombol yang sama. Sekiranya bosan road kawalan ini boleh diputar sesuka hati sambil bertempik “saya putar Halim!”. Pada waktu ini Microsoft Surface Headphones 2 hanya dijual di Amerika Syarikat pada harga $249 (~RM1077) sepasang.