Kruger Shalati Ialah Hotel Atas Jambatan Dalam Kereta Api (HoAJamDalKeApi) Di Afrika Selatan

Kruger Shalati Ialah Hotel Atas Jambatan Dalam Kereta Api (HoAJamDalKeApi) Di Afrika Selatan

Diterbitkan pada Mei 9, 2020 oleh .

Hotel dalam laut? Passe kerana Dubai dah buat dahulu. Hotel dalam kapal terbang? Itu terlalu 2010. Hotel di angkasa lepas? Masih terlalu awal kerana tidak banyak di antara kita mempunyai bapak yang merupakan lantikan politik ke posisi GLC pasca Langkah Sheraton. Bagaimana pula dengan hotel atas jambatan dalam kereta api (HoAjmaDalKeApi) ? If that made you tingle in your weird places then we have something for you.

Kruger Shalati ialah sebuah hotel mewah yang terletak di dalam kereta api di atas jambatan di tengah-tengah Taman Negara Kruger Afrika Selatan. Ia mempunyai 24 bilik dengan rekaan mewah yang mengimbau zaman pengembaraan Safari yang popular di awal kurun ke-20.

Terdapat 31 bilik di dalam 24 gerabak kereta api yang telah diubahsuai. Dalam gerabak paling mewah, pelanggan boleh menikmati pemandangan dari jambatan Selati yang merentas Sungai Sabie. Hotel Kruger Shalati tidak bergerak dan kekal di atas jambatan Selati yang tidak lagi digunakan. Dari bilik mereka boleh melihat buaya dan badak air bercengkerama di dalam sungai.

Bilik akan ditawarkan pada harga bermula 7,950 Rand (~RM1878)  semalam. Ini termasuk penginapan, makan minum, dan lawatan safari dua kali sehari di Taman Negara Kruger.

SERIUS BISJUT