Starbucks Terbesar Di Dunia Dengan Ruang Lantai 30,000 Kaki Persegi Dibuka Di Shanghai

Starbucks Terbesar Di Dunia Dengan Ruang Lantai 30,000 Kaki Persegi Dibuka Di Shanghai

Diterbitkan pada Jan 20, 2018 oleh .

Di kalangan peminat kopi mahal, Starbucks ialah frankais kopi yang memang cukup popular. Sejak memulakan perniagaan pada tahun 1971 di San Francisco, Starbucks kini mempunyai puluhan ribu kedai di seluruh dunia. China ialah pasaran yang besar bagi Starbucks dengan sebuah kedai baru dibuka setiap 15 jam dan di negara ini sahaja terdapat 3,000 kedai di 136 bandar.

Menyedari budaya kopi yang semakin berkembang di China, Starbucks telah membuka kedai kopi terbesar di dunia mereka di Shanghai Disember tahun lalu. Starbucks Reserve Roastery yang terletak di Nanjing Road ini mempunyai ruang lantai sebesar 30.000 kaki persegi. Ia turut mempunyai meja sepanjang 23 meter. Selain menyediakan kopi pelbagai perisa, terdapat juga pilihan menu dari Itali untuk dibaham oleh mereka yang berlidah elit. Sekiranya anda ke Shanghai dan peminat Starbucks, jangan lepaskan peluang untuk melawat destinasi kopi mahal ini.

SERIUS BISJUT