Rumah Mikro Ini Cuba Menyelesaikan Masalah Perumahan Di Hong Kong

Rumah Mikro Ini Cuba Menyelesaikan Masalah Perumahan Di Hong Kong

Diterbitkan pada Jan 19, 2018 oleh .

Masalah kekurangan ruang di Hong Kong memang agak kronik. Gabungan ketiadaan tanah lapang dan kos sara tinggi yang epik menyebabkan wujud golongan yang menyewa bilik mikro yang sebesar keranda. Walaupun sempit ia alternatif lebih senang ditelan dari menjadi gelandangan di jalan raya.

Projek OPod Tube Housing cuba menyelesaikan masalah yang berlarutan berdekad lamanya ini. Tiub kolong air selebar 2.5 meter diubah menjadi rumah mikro dengan saiz lantai 9.25 meter persegi. Setiap rumah mikro berbentuk tiub ini dilengkapi keperluan asas seperti tempat tidur, dapur, tandas dan pendingan hawa.

Kerana rekaanya yang modular, OPod Tube Housing boleh disusun secara modular untuk membina kompleks perumahan yang besar atau apartmen kecil. Di Malaysia harga hartanah juga mula melonjak dan mungkin suatu hari nanti rumah berkonsepkan kolong ini akan turut menjadi satu-satunya pilihan rumah mampu milik generasi masa hadapan.

SERIUS BISJUT